CARA NAK BUAT Jerang air didapur dan letak terus barli yang telah dibersihkan.. Rebus sampai barli kembang and letak stevia. Ambil dalam beberapa sudu barli dan sedikit air rebusan barli dan blendkan. Lepastu terus letak balik dalam rebusan barli tu. Bagi dia pekat sikit. and then ttp api. Nak barli sedapkan? Sila perah 2 hiris lemon dalam cawan and tuang air barli tadi.. Nak sedap lagi sila letak ice.. ( takyahlah) kalau kurang manis pandai-pandailah adjust.. Saya tambahkan sedikit chia seed supaya barli dapat berkawan didalam cawan tersebut..sedapp wooo... Tak tipu... Nilah barli yang aku dok buat tadi.. Yang paling best barli ni dapat sejukkan badan!
Monday, October 26, 2015
AIR BARLI SEDAP DAN SIHAT!
Barli ataupun nama saintifiknya Hordeum Vulgare amat kaya dengan khasiatnya contohnya fiber, magnesium ,zinc etc... Banyak kalau nak sebut satu satu. Harini aku bukan nak cerita pasal kebaikanke manfaat ke sebabnya ramai yang sebenarnya dah sedia maklum pun. Kan.....kannnnn.....(cuba google banyak dah orang review pasal barli)
Ni nak cerita,pasal aku sebenarnya... hari ahad haritu aku and family pergi "mengeteh" kat satu kedaini.. Seperti biasalah aku dok order teh tarik. Mana tak gebus ko ina!! Teh tarik ko bantai.. Disebabkan air aku lambat sampai aku minum sikit air barli kakak aku.. Serius aku tak suka barli..pernah minum tapi aku tak suka.... Sekali...... aku minum barli kakak aku....terus aku jatuh cinta...aku pelik..kenapa sedap pulakni.. Nampak sangat orang yang buatkan barli untuk aku haritu tak pandai buat!
Hari ni, aku pergi undian RUMAWIP... Nanti aku cerita ye pasal ni next entry.. (hint dia aku dapat apa aku nak)
Balik dari sana aku rasa macam haus. panas..jerebu...apa lagi...aku rasa macam orang yang loser..( over ko ina).. Tetiba teringat kan air barli kakak aku... Aku nak singgah kedai semata mata nak beli air sangatlah aku malas.... Apa lagi aku singgah kedai runcit kat pekan batu 5 yang tercinta.. Terus beli sepeket barli saiz kecik.. 60 sen je hoiii.. Ko boleh dapat seperiuk sederhana..memang berbaloi!!!! Aku bukan tau pun macammana nak buat maka seperti biasa pakcik google.
Tapi aku suka tak ikut resipi.
BAHAN-BAHAN..
Air - Dalam 2 liter.. Bila rasa tengah dok rebus tu mcm nak kurang air tambah lagi takda masalahpun..
Barli- paket paling kecik (sila basuh dan tos)
Gula dalam 5 sudu besar ikut tahap kemanisan(aku gantikan dengan stevia). Sebab bagi aku kalau air tu bagus untuk kesihatan why nak tambahkan benda yg akan merosakkan kesihatan balikkan.. Pendapat ja...salah maaf ya..
Saturday, October 24, 2015
RUMAWIP
Assalammualaikum..
Pernah tahu pasal skim perumahan RUMAWIP?
Kalau tak tahu sila google..hehehe..banyak info ada dah. Bukan nak bercerita pasal proses ataupun macammana nak apply. Sebab bila melayari laman web perumahan RUMAWIP dalam tu dia ada bagi information yang lengkap. Mana yang aku tak paham aku google aku tak paham lagi aku terus menelepon untuk mendapat penjelasan yg lebih terperinci. Tapi jangan salah sangka PRIMA dan RUMAWIP itu adalah berbeza(sebenarnya aku yang keliru)..Siapa yang tak mohon lagi silalah memohon.. Rumah makin lama makin mahal..dapat tak dapat belakang cerita. Bagi akulah usaha je..
Nak dijadikan cerita aku apply dan alhamdullillah dipanggil untuk proses undi. Mula mula aku agak pelik, awatnya nak panggil undi. Loan pun tak tentu lagi lepasnya. Dapat pulak msg dari pihak tersebut pada pukul 7 malam which mean office hour pun dah ttp jika nak tanya lebih lanjut. Mcm manapun aku tetap call sebab aku tak tahu apa apa. Sebab ada yang kata oena bawak pendahuluan sebanyak 15 ribu ( dush dush menyesal asyik memborosje selama ni). Alhamdullillah ada orang angkat call tu setelah 4 5 kali aku call.. Aku pun bertanya mengenai apa dokumen yg perlu dibawa dan betulke pasal 15 ribu. Tapi untuk kalini cik tu habaq tak perlu bawa apa apa duit dulu. Sebab pemaju tak mintak apa-apa lagi.. Cuma perlu bawa ic. So esok iaitu hari isnin 26hb aku akan akan pergi ke proses perundian di PUTRAJAYA.. Dahlah dia bagi msg jumaat petang mcm manalah aku nak minta cuti. Terpaksalah aku melakukan proses EL. Buruklah rekod aku.. Colocodeh... Aku pilih enesta @kepong, memandangkan rumah puan zerma di kepong. Maka tidaklah jauh mana. Tamau mak sedih sebab anak duduk jauh ( sebenarnya aku yg akan sedih). Tapi 41 tingkat tu..... Gayat jugaklah.. So esok just wish me luck. Nanti aku cerita pengalaman kat sana. Hope kalau dapat jangan lah smpai lebih dari tingkat 15. Gayat oo.... Macamni kot ketinggian rumahtu... TINGGIKAN.... Assalammualaikum
Kenapa blog ni nama roti canai vs nasi goreng?
Alkisahnya aku suka bebenau lah makan roti canai walaupun tinggi cholesterol nya.. Kalau sebut je sarapan pagi ada dua benda je yg aku pikir.. Nasi lemak and roti canai!! Kalau ikut suami aku balik kedah..bukan main aku suka makan roti doll.. Serius...suka sgt......... Kalau kat kl aku tak taulah panggil apa. Aku rasa org kedah confirm tau roti doll..rasa je lah.....
Credit google photo.
Sedap walaupun tengok gambar je.
Kenapa nasi goreng? Suami aku ni memanglah tak berapa gemar apa apa yg berkaitan dengan roti... Makan roti....tapi pilihan terakhir beliaule...kalau beli burger aku rasa mcm nak roti burger tapi incik suami nak dagingje... Kalau makan pizza..aku makan roti incik suami makan topping...nampak tak kami saling melengkapi...hahahha.. Suka hatile kalau nak muntah ijou....Dia akan request nasi goreng.. Pukul 2-3 pagi pun nasi goreng.. Nasi goreng suami aku idaklah susah mana.... Potong bawang ada cili padi pastu gorengja..tambah sikit teluq dadar..dah cukup! (agaknya nasi gorengja paling sedap aku masak tu yang asyik request nasi gorengja) hehehhe...
Maka dr situlah tercetus nya blogni.. Nampak tak senang je untuk perempuan aries ni pikir tajuk! Hidup ini singkat takyah pikir susah..hahaha..
Oklah buat harini sampai sini ja ngomelan ku..
Nak tidoq..sok sok nak bangun pagi... Tapi mata ni duk tgk cerita assalammualaikum.... Kum...kum...kum...
Assalammualaikum
Subscribe to:
Comments (Atom)


