Monday, October 26, 2015

AIR BARLI SEDAP DAN SIHAT!

Barli ataupun nama saintifiknya Hordeum Vulgare amat kaya dengan khasiatnya contohnya fiber, magnesium ,zinc etc... Banyak kalau nak sebut satu satu. Harini aku bukan nak cerita pasal kebaikanke manfaat ke sebabnya ramai yang sebenarnya dah sedia maklum pun. Kan.....kannnnn.....(cuba google banyak dah orang review pasal barli)
Ni nak cerita,pasal aku sebenarnya... hari ahad haritu aku and family pergi "mengeteh" kat satu kedaini.. Seperti biasalah aku dok order teh tarik. Mana tak gebus ko ina!! Teh tarik ko bantai.. Disebabkan air aku lambat sampai aku minum sikit air barli kakak aku.. Serius aku tak suka barli..pernah minum tapi aku tak suka.... Sekali...... aku minum barli kakak aku....terus aku jatuh cinta...aku pelik..kenapa sedap pulakni.. Nampak sangat orang yang buatkan barli untuk aku haritu tak pandai buat!
Hari ni, aku pergi undian RUMAWIP... Nanti aku cerita ye pasal ni next entry.. (hint dia aku dapat apa aku nak) Balik dari sana aku rasa macam haus. panas..jerebu...apa lagi...aku rasa macam orang yang loser..( over ko ina).. Tetiba teringat kan air barli kakak aku... Aku nak singgah kedai semata mata nak beli air sangatlah aku malas.... Apa lagi aku singgah kedai runcit kat pekan batu 5 yang tercinta.. Terus beli sepeket barli saiz kecik.. 60 sen je hoiii.. Ko boleh dapat seperiuk sederhana..memang berbaloi!!!! Aku bukan tau pun macammana nak buat maka seperti biasa pakcik google.
Tapi aku suka tak ikut resipi.
BAHAN-BAHAN..
Air - Dalam 2 liter.. Bila rasa tengah dok rebus tu mcm nak kurang air tambah lagi takda masalahpun..
Barli- paket paling kecik (sila basuh dan tos)
Gula dalam 5 sudu besar ikut tahap kemanisan(aku gantikan dengan stevia). Sebab bagi aku kalau air tu bagus untuk kesihatan why nak tambahkan benda yg akan merosakkan kesihatan balikkan.. Pendapat ja...salah maaf ya..
CARA NAK BUAT
Jerang air didapur dan letak terus barli yang telah dibersihkan..
Rebus sampai barli kembang and letak stevia.
Ambil dalam beberapa sudu barli dan sedikit air rebusan barli dan blendkan. Lepastu terus letak balik dalam rebusan barli tu. Bagi dia pekat sikit.
and then ttp api. Nak barli sedapkan? Sila perah 2 hiris lemon dalam cawan and tuang air barli tadi.. Nak sedap lagi sila letak ice.. ( takyahlah) kalau kurang manis pandai-pandailah adjust.. Saya tambahkan sedikit chia seed supaya barli dapat berkawan didalam cawan tersebut..sedapp wooo... Tak tipu...
Nilah barli yang aku dok buat tadi.. Yang paling best barli ni dapat sejukkan badan!

No comments:

Post a Comment