Nak dijadikan cerita aku apply dan alhamdullillah dipanggil untuk proses undi. Mula mula aku agak pelik, awatnya nak panggil undi. Loan pun tak tentu lagi lepasnya. Dapat pulak msg dari pihak tersebut pada pukul 7 malam which mean office hour pun dah ttp jika nak tanya lebih lanjut. Mcm manapun aku tetap call sebab aku tak tahu apa apa. Sebab ada yang kata oena bawak pendahuluan sebanyak 15 ribu ( dush dush menyesal asyik memborosje selama ni). Alhamdullillah ada orang angkat call tu setelah 4 5 kali aku call.. Aku pun bertanya mengenai apa dokumen yg perlu dibawa dan betulke pasal 15 ribu. Tapi untuk kalini cik tu habaq tak perlu bawa apa apa duit dulu. Sebab pemaju tak mintak apa-apa lagi.. Cuma perlu bawa ic. So esok iaitu hari isnin 26hb aku akan akan pergi ke proses perundian di PUTRAJAYA.. Dahlah dia bagi msg jumaat petang mcm manalah aku nak minta cuti. Terpaksalah aku melakukan proses EL. Buruklah rekod aku.. Colocodeh... Aku pilih enesta @kepong, memandangkan rumah puan zerma di kepong. Maka tidaklah jauh mana. Tamau mak sedih sebab anak duduk jauh ( sebenarnya aku yg akan sedih). Tapi 41 tingkat tu..... Gayat jugaklah.. So esok just wish me luck. Nanti aku cerita pengalaman kat sana. Hope kalau dapat jangan lah smpai lebih dari tingkat 15. Gayat oo.... Macamni kot ketinggian rumahtu... TINGGIKAN.... Assalammualaikum
Saturday, October 24, 2015
RUMAWIP
Assalammualaikum..
Pernah tahu pasal skim perumahan RUMAWIP?
Kalau tak tahu sila google..hehehe..banyak info ada dah. Bukan nak bercerita pasal proses ataupun macammana nak apply. Sebab bila melayari laman web perumahan RUMAWIP dalam tu dia ada bagi information yang lengkap. Mana yang aku tak paham aku google aku tak paham lagi aku terus menelepon untuk mendapat penjelasan yg lebih terperinci. Tapi jangan salah sangka PRIMA dan RUMAWIP itu adalah berbeza(sebenarnya aku yang keliru)..Siapa yang tak mohon lagi silalah memohon.. Rumah makin lama makin mahal..dapat tak dapat belakang cerita. Bagi akulah usaha je..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment